Fizikal Hybrid Topology

Dengan hybrid topology,dua atau lebih topology disambungkan didalam suatu rangkaian lengkap. Sebagai contoh, hybrid topology boleh menjadi kombinasi diantara bus dan star topology.

1. Star-Bus Topology



Didalam star-bus topology, beberapa star topology rangkaian dihubungkan kepada penyambungan bus. Dalam topology ini, jika sebuah komputer gagal berfungsi ia tidak memberi kesan kepada rangkaian. Bagaimanapun jika hub yang menghubungkan kesemua komputer didalam star topology rosak ia akan menyebabkan komputer tidak dapat berkomunikasi.


2. Star-Ring



Star-Ring topology mempunyai kelebihan berbanding star-bus yang mana apabila salah satu hub tidak dapat berfungsi ia masih berpeluang berkomunikasi dengan hub yang lain. Ia juga membenarkan trafik rangkaian yang lebih baik diantara segmen berbanding star-bus.


3. Mesh Topology



Setiap komputer disambungkan dengan setiap yang lain dengan menggunakan kabel yang berlainan. Jika salah satu komputer gagal berfungsi, ia masih boleh berhubung dengan komputer yang lain. Kelemahannya ialah menggunakan terlalu banyak kabel didalam rangkaian..


1 comments:

sno0p said...

nice dude...Harap dapat banyak tut lagi lepas nie...

Post a Comment