Network Topology

Secara asasnya terdapat 3 jenis fizikal topology iaitu bus,ring dan juga star..

Fizikal topology merujuk kepada rekabentuk penyambungan dan konfigurasi kabel, komputer dan lain-lain peripheral.Setiap topologi ada kebaikan dan keburukan yang berlainan iaitu dari segi kos, komplikasinya dan ketahanan.

Logikal topology pula ialah kaedah penghantaran maklumat diantara komputer.

Dengan kata lain ialah fizikal topology menggambarkan susunatur penyambungan rangkaian manakala logikal topology pula menggambarkan bagaimana data itu dihantar didalam rangkaian..fizikal topology boleh digambarkan seperti peta yang mempunyai pelbagai bentuk jalan manakala logikal topology digambarkan seperti kereta yang dipandu diatas jalan tersebut berdasarkan kelajuan,jenis dan arah yang dilalui..


1. Bus Topology



Ia adalah topologi yang paling mudah. Rangkaian ini bermula daripada satu hujung kemudian bersambung ke setiap komputer. Rangkaian ini selalunya mudah dibina untuk bilik yang kecil, tetapi susah sikit jika berada pada rangkaian yang besar. Kelemahan topology ini adalah kerana kurang ketahanan dalam rangkaian. Dengan hanya satu sambungan ke semua komputer, kerosakan di satu punca akan mengakibatkan semua komputer tak dapat berkomunikasi. Selain itu pertambahan bilangan komputer didalam rangkaian akan menyebabkan capaian dan bandwitdh menurun..


2. Ring Topology



Hampir sama dengan bus topology tetapi penghujungnya disambungkan untuk membentuk cincin/ring. Kebaikannya daripada bus ialah jika berlaku kerosakan di mana-mana bahagian, ia masih dapat berkomunikasi dengan melalui arah patah balik. kos nya adalah tinggi berbanding bus topology.


3. Star Topology




Star topology menggunakan peranti yang diletakkan ditengah-tengah yang dipanggil hub atau peranti lain seperti switch. Semua sumber di dalam rangkaian atau sistem jaringan akan bercantum dengan menggunakan hub yang menjadi penghubung di antara sumber-sumber tersebut. Semua maklumat yang disampaikan akan melalui hub sebelum sampai ke destinasi yang sepatutnya. Apabila satu sumber mengalami kerosakan, ia tidak menjejaskan topologi jenis star. Kelemahan topology ini ialah apabila hub atau switch tersebut rosak, kesemua penyambungan rangkaian tidak dapat berfungsi..


0 comments:

Post a Comment